Jemputan ke Forum Seni Jahitan

November 26, 2007

Assalamualaikum semua…

 merujuk kepada perkara di atas..sudi2kan lah singgah dan join in forum kite.  Tailor made to suite semua peminat2 seni sulaman dan jait-menjait ni.

the link http://kelasjahitan.proboards51.com/index.cgi

hopefully kite berkongsi bersama-sama.

Your continueous support is highly appreciated.

tq..


Sambungan Sejarah

November 26, 2007

ok la..dah lama sgt berenti..kepada yg kasi komen..time kasih. gamba2 lain pasni akan kite try uploadkan kasi clear.. hopefully d support tak kan hilang..tq..tq..

cite pasal sejarah , kite sambung skit.

pada tahun 1100, bijik manik yg lebih kenit di jahitkan pada kebanyakan item untuk aktiviti keagamaan. Bermula dari tahun 1200 sehingga 1300, manik2 mula disulam pada pakaian. Sejak pada tu, dari tahun 1500 dan keatas, sulaman yg di jahit pada pakaian menjadi semakin menyerlah dan semakin popular. Sulaman manik dan labuci bley didapati pada baju, home furnishing, layered basket and others.

freehand stiched thread embriodery kat mesin bermula pada tahun 1800 bilamana Art Needlework dan Berlin wool-work muncul buat pertama kalinye di layar perak dan terus hit masa era pemerintahan Victori.

1870, seni sulaman cross-stich mula membanjiri pasaran. Lama-kelamaan, sulaman manik dan labuci menggunakan tangan telah digantikan dengan penggunaan mesin sulaman dan di upgraded dengan pelbagai teknik2 terkini dari pengeluar mesin jahit… 

sekian..pasni kite belaja jenis2 manik plak ye..

 happy beading


Bermulanya sejarah sulaman..

November 12, 2007

Hari ni kite cite skit pasal sejarah seni menyulam ni..

Teknik sulaman dan seni jahitan serta kebanyakn fiber dipercayai berasal dari negara Timur dan Timur Tengah. Dahulukala, kaum primitif menyedari kaedah menjait yang dulu2 digunakan untuk menyambung kulit binatang boleh dipertingkatkan dan diperindahkan dengan seni menjahit.

Tahun 1964, fosil seorang pemburu sejenis reptilia spesis adik beranik buaya yang dikenali sebagai Cr0- Magnon dijumpai di tepi sebuah sungai di Vladimir, Rusia. Ape yg bestnye, dari pakaian bulu2 pemburu ni, hinggalah ke topi dan tak lupe boots yg dipakai penuh dengan jahitan sulaman tangan baris2 manik warna ivory dalam bentuk melintang. So? Beads embroidery? You bet!!!

Bagi orang Cina di kawasan Siberia, seni sulaman bermula dr tahun 5000 dan 6000 BC. This fellow – Mosaics from Byzantium, 500 A.D plak menggambarkan sulaman pada pakaian dengan benang sutera, batu2 berharga dan disertai dengan mutiara..

 ok..stop dulu..nak cite abis panjang lagi.. nanti kite sambung utk cerita yg akan dtg..

bersambung kemudian..tq


Lagi Design

November 12, 2007

Salam.

Ni ade lagi skit…gamba2 baju yg dah siap dijahit untuk dikongsi bersama-sama.

Yang kat bawah ni baju adik. Recently jahit masa lepas raya.

ros-bud_ayu.jpg

Untuk baju adik ni kite gabungkan teknik tali air, rose bud ngan slanting. Daun tu kite pakai teknik tali air. tambahkan wane pink skit..kasi highlight kat situ. Untuk ros bud tu, tgh bunge kite jaitkan teknik 3 serangkai.  Pastu baru le dikelilingkan dengan manik lain untuk jadikan kudup bunge rs ni. Simple je..

Ni kat hujung tangan baju kurung kite masa raya 2006..tgn-baju-ijau.jpg

Yang ni, kite pakai teknik tali air & stem. Pastu in between the flower kite jahitkan secara rawak manik2 silinder. Kasi penuh ruang.

Lain2 baju cutomer yg pernah mendapatkan khidmat menjahit dr kite tak dpt nak captured. Dah terlepas…nak dptkan balik dah kene collect plak….heehee..

 insya allah lepas ni kite uploadkan lagi skit..


Raya 07

November 7, 2007

picture3-copy.jpg

Ini design dekat hujung tangan baju kurung kite.. free style design

 picture1-copy1.jpg

Ini baju anak kite – Madihah. Name design pun dia yg kasi. “Ibu..cam daisy flower“, so I decided to name itSparkling Daisy

red-kebaya1.jpg

Ini baju customer – kebaya merah bersulam kerawang. Name xde..

nanti kite upload lagi..


Selamat Datang

November 2, 2007

Salam perkenalan…

Objektif utama terhasilnya blog teknik sulaman ini adalah untuk berkongsi ilmu pengetahuan tentang teknik-teknik sulaman dikalangan tenaga pengajar/pereka fesyen/tukang jahit/artis/Beaders dengan mereka yang berminat dalam bidang sulaman manik & labuci ini tidak kira status, darjat ataupun jantina. (Termasuk le saya ni  🙂 ).

Hopefully, makin ramai makin meriah, bley le kite berkongsi ilmu tanpa rasa kedekut, perasaan dengki sesama sendiri dan lain-lain perasaan negatif yang bley menghadkan idea generation dlm menyokong pembangunan innovasi bidang fesyen. 

Till then..nantikan pembelajaran pertama..